Barakah Financing
5.16 Wisma Cosway, 88 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
Tel: 011-7125 8061
Email: admin@barakahfinancing.com

Dikemaskini pada: 23 Julai 2025


1. Pengenalan

Barakah Financing menghormati dan komited untuk melindungi privasi semua pengguna laman web kami (www.barakahfinancing.com). Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan laman web atau perkhidmatan kami.


2. Maklumat yang Kami Kumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat berikut daripada anda:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel
  • Alamat rumah/kediaman
  • Maklumat kewangan yang berkaitan dengan permohonan pembiayaan
  • Sebarang maklumat lain yang anda berikan secara sukarela melalui borang, emel atau panggilan telefon

3. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat peribadi yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan berikut:

  • Memproses permohonan pembiayaan anda
  • Menghubungi anda untuk maklumat lanjut atau pengesahan
  • Memberi maklum balas atau menjawab pertanyaan anda
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik
  • Memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai

Kami tidak akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan tanpa kebenaran anda.


4. Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Kami tidak akan menjual, menyewa, atau menukar maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun, maklumat anda mungkin dikongsi dengan:

  • Institusi kewangan atau koperasi berkaitan bagi tujuan pemprosesan pembiayaan
  • Pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah undang-undang jika diperlukan
  • Pembekal perkhidmatan yang membantu operasi kami, tertakluk kepada kerahsiaan

5. Keselamatan Maklumat

Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, penyalahgunaan, pendedahan, pengubahsuaian atau pemusnahan. Namun, tiada sistem yang boleh menjamin keselamatan 100%.


6. Hak Anda

Anda berhak untuk:

  • Meminta salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan
  • Meminta pembetulan terhadap sebarang maklumat yang tidak tepat
  • Menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa (tertakluk kepada akibat terhadap permohonan/perkhidmatan)

Untuk melaksanakan hak anda, sila hubungi kami melalui maklumat di bawah.


7. Pautan ke Laman Web Lain

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Polisi privasi ini hanya terpakai untuk laman kami sahaja. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau amalan privasi laman-laman lain.


8. Perubahan Polisi

Kami berhak untuk mengemaskini Polisi Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan disiarkan di laman web ini dengan tarikh kemaskini yang baharu.


📌 Untuk sebarang pertanyaan mengenai Polisi Privasi ini, sila hubungi kami di: